Ciri-ciri Bangau besar

Burung bangau besar (nama Inggeris: Great Egret (Tweedie, 1960, 1970; Davison et al. (1989)) atau Large Egret (Madoc, 1976); nama sains: Egretta alba[2]) adalah lebih besar daripada bangau lain, seperti namanya dalam bahasa Melayu dan Inggeris, iaitu berukuran 82 cm (Davison et al., 1989:26), tetapi menurut Tweedie (1960, 1970:10) dan Madoc (1976:36), saiznya 92 cm.

Burung ini berwarna putih seluruh badan (nama spesiesnya alba bermakna putih dalam bahasa Latin), berkaki hitam, dan berparuh kuning. Namun, paruhnya berubah menjadi hitam pada musim membiak (Davison et al., 1989).

Burung bangau besar adalah burung penghijrah, seperti juga burung Bangau Kendi (Bubulcus ibis), namun ia lebih jarang kelihatan di negara ini berbanding burung bangau biasa (Tweedie, 1960, 1970).

Rujukan

WikiPedia: Bangau besar http://www.ebepe.com/html/great_egret.html http://images.google.com/images?svnum=10&hl=en&lr=... http://www.naturephoto-cz.com/great-white-egret:eg... http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%202/Act%2076.pdf http://www.parlimen.gov.my/files/billindex/pdf/201... http://www.wildasia.net/downloads/bird_list_kuala_... http://www.naturia.per.sg/buloh/birds/Egretta_alba... https://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?s... https://web.archive.org/web/20100308004942/http://...